Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak seperti yang dinyatakan di bawah :
1. Penolong Akauntan Gred W29 (2 kekosongan)
SYARAT LANTIKAN
1.1 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(i) Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh kerajaan
(ii) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan) adalah layak dpertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W29 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1.1 di atas;
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
Had umur pelantikan:
(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun
CATATAN AM
i) Maklumat lengkap serta syarat-syarat kelayakan boleh didapati melalui laman web MPT www.mptaiping.gov.my atau Portal Rasmi Perak Digital Negeri Perak di https://digital.perak.my/
ii) Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sahaja dengan mengisi maklumat yang diperlukan di Portal Rasmi Perak Digital Negeri Perak di https://digital.perak.my/
iii) Hanya permohonan yang dikemukakan dalam tempoh iklan sahaja akan diproses. Tempoh iklan mulai 18 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024.
iv) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
v) Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan di talian 05-8080777 ext : 2202/2204 atau e-mel ke hr@mptaiping.gov.my


Post a Comment