Jabatan Sumber Manusia ingin mempelawa kakitangan atau warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti di berikut:
Jawatan : Jururawat Gred U29
Gaji : RM 1,797.00 - RM 5,753.00
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM160.00
Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BSH) RM350.00
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) 15% X Gaji Pokok
SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c);
(b) had umur pelantikan
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang berumur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang berumur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang berumur persaraan paksa 60 tahun.
CARA MEMOHON:
1. Sila layari laman web UKM https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm bagi membuat permohonan secara atas talian.
2. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
4. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Jabatan Sumber Manusia
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja'afar
Jalan Ya’acob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
Urusetia (Unit Perjawatan & Kenaikan Pangkat)
Tel : 03-9145 5150
Emel : ejawatan@ppukm.ukm.edu.my
Tarikh Tutup Iklan : 30 Januari 2024


Post a Comment