Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan.

1. BUTIRAN JAWATAN

Jawatan Personel MySTEP Setaraf 19 (3 jawatan)
Bayaran Perkhidmatan RM1,700.00 Sebulan
(Termasuk potongan KWSP dan PERKESO)

Syarat Lantikan
Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Kelayakan Akademik

1. Sijil Pelajaran Malaysia, atau Sijil Vokasional Malaysia, atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan tersebut.

Tempoh Perkhidmatan
Tempoh 03 Mac 2024 hingga 31 Disember 2024

Tarikh Tutup Iklan 21 Januari 2024

Deskripsi Tugas Utama

1. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi, serta membantu melaksanakan pelupusan rekod).

2. Bertanggungjawab untuk membantu pelaksanaan program konservasi geopark di Langkawi. Turut melaksanakan kerja pemantauan di lapangan merangkumi 38 geosite dan 3 geoforest park di Langkawi.

2. CARA MEMOHON

Borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman sesawang LADA di
alamat www.lada.gov.my.

a) Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan
seperti berikut:

(i) Kad Pengenalan;
(ii) Sijil Kelahiran;
(iii) Sijil Berhenti Sekolah; dan
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

b) Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis (Personel MySTEP 19) di sebelah kiri sampul. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi talian 04-9600600 dan permohonan yang telah lengkap diisi serta ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan)

Post a Comment