Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam Januari 2024 | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut ; (i) Mempunyai keterampilan yang baik, (ii) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan; (iii) Mempunyai kepimpinan; (iv) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan (v) Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan dipelawa untuk mengisi jawatan seperti berikut :
JAWATAN KOSONG :
1. Penguasa Kastam Gred WK41
2. Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling)
3. Pegawai Teknologi Makanan Gred C41
4. Jurutera Gred J41 (Elektrik)
5. Pegawai Sains Gred C41 (Biomedikal)
6. Pegawai Sains Gred C41 (Kaji Serangga)
SYARAT LANTIKAN
Bagi mengetahui syarat kelayakan, ringkasan tugas bagi setiap jawatan boleh diperolehi dengan melawat iklan jawatan kosong yang diiklankan.
CARA MEMOHON
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan hendaklah mengemukakan atau mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui pautan di bawah. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu mempastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.
Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 10 Januari 2024.
MAKLUMAN
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan.


Post a Comment