Jawatan Kosong di Jabatan Digital Negara Disember 2024 | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk mengisi jawatan seperti berikut :.

Maklumat Jawatan :
1. Penolong Pegawai Siasatan (100 kekosongan, 75 simpanan)

TARAF PELANTIKAN


i. Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama tiga (3) tahun; dan
ii. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

MAKLUMAT SYARAT LANTIKAN


SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer atau Sijil dalam bidang Prosesan Data yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya:atau

Diploma Sains Komputer, Diploma Teknologi Maklumat atau Diploma Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

KEPERLUAN BIDANG


1) Kejuruteraan Perisian;
2) Kejuruteraan Komputer;
3) Kejuruteraan Komputer dan Maklumat;
4) Memproses Data;
5) Pembangunan Perisian (Internet Dan Multimedia);
6) Pengaturcaraan Komputer
7) Sains Komputer;
8) Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian Dan Kepintaran);
9) Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian);
10) Sains Komputer (Sistem Cerdas)
11) Sains Komputer (Sistem Maklumat);
12) Sains Komputer (Teknologi Web);
13) Teknologi Komputer (Sistem);
14) Teknologi Maklumat;
15) Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian);
16) Teknologi Maklumat (Sains Komputer); dan
17) Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web.

MOHON JAWATAN

Post a Comment